Email:

jprnkeadilanhululangat@gmail.com

Saturday, December 31, 2011

901 Apakata Raja Petra di Mingguan Malaysia



Lagi satu malaon politiknya yang akan ke liang lahad 


Kita perlu Faham dan  jelas perjalanan dan  bagaimana reformasi revolusi dan perubahan  bergerak.


Pembelajaran dan pemahaman sejarah sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.


Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya - memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.



 Tetapi Sejarah ini sebenarnya hanyalah manifesti dari babak sejarah itu. Melalui tokoh  ini kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh tokoh tokoh ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas dari peranan sejarah tokoh tokoh ini.


Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah – tetapi ianya hanya sebahagian dari lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.


Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. 

Kemerdekaan Republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus di jajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta juta orang China.

Di Malaysia ini - RPK , Chandra , Zaid , ezam , dan banyak yang lain menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. 

Ini anggapan yang amat salah. Tokoh memang penting tapi jika rakyat tak meyokong – Tokoh  ini akan terpeleok.

Ini Contoh Sejarah nya
Ezam dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan  Ezam.  Gagah dgn deklarasi 6 kotaknya hingga kan dia merasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi akan layu dan hilang arah tuju. .

Tak disedari Ezam ia adalah wakil suara  pandangan dan keinganan rakyat yang ingin berubah dan melakukan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi dari harapan ini.


Buktinya
Sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR -. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam. Kesian - apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah kalau hendak bersembahyang Jumaat. Kalau dahulu sepuluh masjid pun tidak mencukupi. Ini  hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai bukan oleh individu.

  901 adalah contoh dimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Hasrat untuk menghumbankan gerombolan U M NO yang semakin membara. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.


Jika ada politikus atau YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Ezam. Mereka silap Zaid silap Gobala silap Zulkfili Nordin silap. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.


Jika Zulkifli Nordin atau Hassan Ali menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat. Jika Badrul Hisham menganggap susuk dirinya bagitu penting maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial tidak ada satu susuk yang penting.


Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah di beli. Tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin. Jika ombak rakyat sampai – semua akan lingkup.


Apabila rakyat ingin melakukan perubahan tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.
Ingat Facebook hidup dgn rakyat , twitter dgn rakyat , blog dengan rakyat bukan RPK hidupkan blog

Betul – rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul – rakyat boleh di tipu dengan pelbagai helah. Betul – rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap dimana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.







Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu dari kebenaran.
boleh dikaburkan ,dipesong alih mungkin untuk sementara waktu – – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan. Ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laongan – lawan dan berjuang – maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.


Ini bukti lagi kukuh 
 
Ingatkan kembali bagaimana pada di minggu pertama dan minggu ke dua ketika Anwar Ibrahim dibuang dahulu. Anwar masih tak gasak boss lamanya  ‘ dia mentor saya ’ - ‘ saya anggap Mahathir sebagai ayah…’ dan dan dan. saya pun dah mula muak dengar masih ada harapan dalam UMNO


Tetapi apabila slogan – lawan tetap lawan – muncul makan beratus ribu anak muda mula turun ke jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia. Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.


Melaongan perlawanan terbukti lagi dalam sejarah kes Musa Hitam. Ketika Musa Hitam dibuang dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa Hitam akan terus menjadi tun tikus. Bagitu juga pada Anwar - jika ketika di buang dahulu dia tidak melaongan perlawanan – dia juga akan menjadi dato seri tikus tikus.


Tetapi waspada – jika Musa dan Anwar menikus - ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Hanya menunggu satu idola perjuangan itulah TIAN CHUA 

Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si Polan menjadi tun tikus maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan ezam keluar Che gu bard muncul , Muncul Shamsul mengantikan Mat Arip baba benggong.

Individu  hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih dari itu.  nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.


Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang bengok dengan ranjau di sepanjang jalan. Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis Mat Malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.


Tetapi yakinlah tidak ada satu pun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.
  

Nasihat Guru politik ku dari Jemapoh

SELAMAT TAHUN BARU WARGA HULU LANGAT


Sempat saya meluangkan masa hadir bersama anggota parti dan ADUN kajang menyambut Tahun Baru bersama belia Hulu Langat





Taniah bagi mereka yang bekerja Keras menganjurkan Program ini  Setiausaha Kerja Parti kelihatan orang yang bekerja keras mejayakan Program ini 





Tuesday, December 27, 2011

Jangan biarkan konspirasi Politik merosakkan sistem kehakiman kita

Turun rakyat jelata  , sambut seruan pembaharuan ,pertahankan keluhuran perlembangaan ,

JANGAN DIBIARKAN ZAMAN KITA INI 
DI PAHAT SEJARAHNYA 
SEBAGAI  ZAMAN  EDAN 
( TAFSIR RONGGO WASITOH)

Monday, December 26, 2011

RAKYAT MENENTUKANNYA







Rakyat Malaysia banyak yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sistem kehakiman . Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sistem kehakiman ini amat penting dietegakkan keluhurannya demi kebenaran dan Keadilan Rakyat sejagat 

Tiap tiap jumaat melalui Khutbah kita diingatkan akan menegakkan keadilan .
Apakah haluan politik mempengaruhi kesuluruhan sektor kehidupan rakyat  , ekonomi ditetapkannya , sistem pendidikan digubalnya , keagamaan diganggu gugat ditafsir mengikut keperluan naluri kuasanya , undang undang yang ditentang digubal dengan mengambil kesempatan kelemahan sistemnya. Hasil negara dilahapnya . Dakwa apa yang dia suka , Tutup mata kemungkaran dan peyelewengan kumpulannya 
Makahmah merupakan last line of Defence bagi rakyat mendapat keadilan dan kebenaran jika pencemaran ini dibiarkan dilaksana .

MENGHUKUM MANUSIA DENGAN SATU REKAAN TUDUHAN  YANG AMAT NYATA BAGI MENDAULATKAN KUASA SEAKAN MAHARAJA  

Sudah tentu ia akan merosakkan aturan kehidupan rakyat Semua rakyat tahu ini satu fitnah skala besar semua rakyat tahu keadah amalan " DEMOKRASI MAHATHIR"  dipakai semula bagi mebenamkan musuh politik yang ia tahu menjadi ancaman kehilangan kuasanya 

Jika ini berjaya dilakukan kesan negatifnya akan diserapi  sehingga sekecil kecil  kuasa penguatkuasa yang ada di seluruh Tanah air kita . 

Jangan dipandang ini kisah memenjarakan Ketua Umum seteru politik supaya Parti dan Pakatan nya rapoh binasa . 

Ini bukan kisahnya . 

Ini adalah perkara utama yang kehidupan rakyat Malaysia kita Aturan kebenaran ,keadilan dan keluruhan Perlembagaan akan musnah kepercayaannya diseluruh Rakyat jelata   


Saya minta tolong Rakyat Malaysia amnya Khusus warga Hulu Langat bersama  sama lah kita pertahankan undang undang kita  Demi Keturunan semua bangsa yang akan menghadapi masa depan negara

Jangan biarkan manusia yang berjuang untuk perubahan kebaikan manusia dan memimpin kita  dipenjarakan semata mata untuk menolak hasrat kita di Arena piliharaya yang akan 

AYUH KITA KE MAKAHMAH  9 JANUARI MENUNJUKKAN HASRAT RAKYAT MALAYSIA

DASAR PERJUANGAN





Dasar Pakatan Rakyat - Muafakat Rakyat

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.
Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.