Email:

jprnkeadilanhululangat@gmail.com

Tuesday, November 29, 2011

Menyorot Kembali Deklarasi Permatang Pauh 1998

ADAKAH SAYA REFORMIST YANG TULEN 





“Deklarasi Permatang Pauh



Reformistulen mengimbas kembali deklarasi permatang pauh, yang masih segar dan membara.
Saya hidangkan semula utk hadhaman sdr:
DEKLARASI PERMATANG PAUH
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud“tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami,
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:
Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;
Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;
Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;
Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;
Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;
Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.
Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.
Permatang Pauh
12 September 1998

Thursday, November 24, 2011

Berita Terkini -

Kes Saman Syabas 
ke atas 
Menteri Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim 

Bilik No.4, Tingkat  5, 
Mahkamah Tinggi,Jalan Duta, 
9.00 pagi Jumaat, 25 Nov.
Hadir beri sokongan. Sebarkan.


Monday, November 21, 2011

Berita Terkini - Perbicaraan DSAI

Untuk Makluman 

Kes Dato Sri Anwar Ibrahim 

Di Makahamah Jalan Duta yang dijadualkan 
pada 23 & 24 hb Nov 2011

Telah ditunda kepada 8 hb & 9 hb Dis 2011






Makluman dari Tuan Hj Rosli Ibrahim

Sunday, November 13, 2011

KENYATAAN MEDIA DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT.

Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. 


Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.

Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja. Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi. 

Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM 400 bilion. Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah. 

Tidak seperti kerajaan sebelumnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim berusaha untuk membasmi ketirisan dan rasuah yang merugikan rakyat sehingga ratusan juta ringgit. Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM 391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor. Walaubagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.
Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat. Bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM 300 juta lagi (hampir 15% belanjawan sepenuhnya) di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat. 

Kita mengalu-alukan semua progam kebajikan ini yang memanfaatkan rakyat yang menghadapi cabaran ekonomi yang semakin perit. Sasaran bantuan negeri termasuk rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan, serta orang kelainan upaya.