Terjumpa saya kawan kawan saya diwaktu cuti Malidul Rasul ini dan bertanyakan saya hal hal terbahru. Berkata lah mereka Rakyat jelata apakah kak Ijat dah tak ada jawapan akan kelakuannya mengambil harta bukan haknya dan mengakui itu hak nya.
Jawapan saya dia telah mengunakan Agama untuk melidungi nya tetapi jelas dan amat jelas dia telah melakukan 2 perkara yang amat jelas di terangkan dalan Surah Albaqarah ayat 2:188
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Bertanya pula mereka akan kedudukan Hassan Ali , Maka Jawap saya jangan lah dia tergulong dari orang yang dimaksudkan didalam Surah AlImran
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
(A-li'Imraan 3:7) Salam buat semua
No comments:
Post a Comment