"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat
meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar
rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut
Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi
bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang
tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis
beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur
memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan
mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan
perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya.
Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan
tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan
‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang
sering mengiringi saya ketika itu.
Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah
penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah
kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya
menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda
bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun
menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana,
saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa
beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya
politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan
pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.
Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar,
mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah
lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya
lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas
beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun
dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat
yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut
yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara,
berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar
penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang
untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut
dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya
tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata.
Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan
perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang
merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih
belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang
sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya
bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang
melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan
lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa,
beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati
dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.
Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana
mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu.
Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA
terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’
sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar
Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free
country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh
melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya
lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya
berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak
masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya
dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan
Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan
menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar
kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang
turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda
‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua
berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya,
yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu
jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada
bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada
dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia
serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang
berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk
'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh
sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai
Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah
membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat
Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat
berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut
'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang
'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'.
Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan
negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.
Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa
nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini.
·
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

No comments:
Post a Comment