JANGAN MUSNAHKAN INSTITUTSI KESELAMATAN NEGARA DENGAN KERAKUSAN KUASA POLITIK ANDA
BERTANDING LAH SECARA BERHEMAH umno
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang anggota — yang berpangkat koperal — jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin.
Namun, beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar SOP semasa melaksanakan tugas.
“Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (ibu pejabat polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar,” kata beliau.
Ini membuat kita tidak yakin dengan sistem yang ada dan banyak persoalan yang akan timbul sejauh mana tindakan pihak yang berkuasa melaksanakan undang undang negara kita dapat diamanahkan berkhidmat dengan benar dan bertanggungjawab apabila mereka sendiri gagal atau tersilap
Keraguan dan kesangsian ini akan meliputi apajua tindakan kehadapan pasukan keselematan Negara . Ini satu tindakan penting yang memerlukan tindakan yang telus , tegas dan bertanggunjawab . Jangan kita hancurkan harapan rakyat.
Tindakan memperbodohkan rakyat Malaysia yang amat matang menilai tindak tanduk kempimpinan Negara jelas melihatkan kemenangan Bersih 2.0
INI SATU SATU NYA TINDAKAN YANG BOLEH MEMBUAT RAKYAT BERTAMBAH LOYA DENGAN umno
Saya tetap dengan kenangan saya bersama peserta bersih 2.0 yang saya definasikan rakyat yang luhur dan jujur mahukan suara mereka dihormati dan undi rakyat yang bersih akan memartabatkan kebenaran dan demokrasi yang dituntut.
Rakyat berhak dan mahukan undi mereka tidak diselewengkan diperdayakan dan dimanupulasikan,
Saya merayu
Tegakan kebenaran demi masa depan Negara Kita cintakan keamanan dan perhimpunan jalanraya yang saya lihat tempoh hari adalah aman
HAKIKATNYA RAKYAT TAHU SIAPA GANGGU SIAPA
Dari Pena Ketua Cabang
No comments:
Post a Comment