Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:
Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu.
HA HA HA HA
Tak cukup dengan tangkap ala gerila , Didera dan Tumbuk sampai mata lebam , sumbat ke dalam 6 Tahun , diaibkan dengan fitnah , memandang hina bangsa sendiri yang tak sealiran politik dengan nya sekaramg mengukapkan ayat al Imran 156 pada hemah saya surah al baqarah 8 sehingga 15 lebih mengambarkan perilaku kamu wahai siluncai dan labu labunya
antara nya menghuraikan
[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
[15]Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan ,
kejayaan Kezaliman dan I.S.A. memurtadkan sebilangan perjuangan
Mangsa yang terkorban Ezam Md Noor dan Dr Zambry Hanyut berpegang habuan pangkat dan harta gerombolan
tapi bukan semudah itu bagi yang tahu kebatilan dan yang berjuang menegakkan kebenaran , yang mungkar tetap akan ku lawan dengan seruan dan menunjjuk apa itu kebenaran.
Benarkah membela Melayu yang ditindas dan ketepikan ,
Apa yang dihat dalam pertubohan kamu yang kononnya Pembela melayu sebenar nya lanun di lautan ,
yang memuliakan harta rampasan dan meyelewengkan hak melayu didalam perlembagaan
Rata rata rakyat sedar akan sandiwara dan pembohongan ,
Perubahan yang kamu mahu hanya akan dicapai dengan kemiskinan yang akan kamu alami bila hilang kekuasaan .
Teruskanlah angkuh dan kesombongan , sewajar kamu akan diadili dihari penentuan
No comments:
Post a Comment